
Program Virtual Run and Cycling Delima 2021 ini merupakan program
larian dan berbasikal maya yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej
(JPK) Delima. Program ini menganjurkan 2 kategori bagi Virtual Run dan 2
kategori Virtual Cycling. Bagi Virtual Run mempunyai kategori larian pantas
dan larian jarak jauh. Virtual Cycling pula kategori yang akan
dipertandingkan berbasikal paling pantas dan berbasikal jarak jauh. Setiap
kategori akan ada 3 pemenang. Larian pantas (5KM) merupakan kategori di mana
peserta yang paling laju berlari untuk 5KM akan jadi pemenang. Bagi larian
jarak jauh di mana peserta paling jauh berlari akan menjadi pemenang.
Berbasikal pantas (10km) pula merupakan kategori di mana peserta menunggang
basikal paling laju dengan jarak 10KM akan jadi pemenang. Bagi kategori
berbasikal jarak jauh di mana peserta yang paling jauh menunggang basikal
akan menjadi pemenang. Program Virtual Run and Cycling Delima 2021 mengenakan yuran sebanyak
35 ringgit setiap peserta. Dengan bayaran tersebut, setiap peserta akan
mendapat race kit yang sama dan tidak melibatkan bajet. |