llllllllllllllllllll
Perhatian! Ini ialah akaun demo sahaja

ubat kuat semesta alam - beli 1 percuma 1

ubat kuat semesta alam - beli 1 percuma 1

Deraian air mata ibu bapa Muhammad Adib

ALOR SETAR: “Dari malam tadi hingga pagi ini, perasaan saya sangat berdebar. Namun sebaik saja dimaklumkan keputusan inkues menyebelahi arwah, saya berasa sangat lega,” kata Asma Aziz, 52.

Ibu kepada anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim itu berkata, apabila mengetahui keputusan inkues kematian anaknya, beliau dan suami, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, terus mengucapkan kesyukuran dengan deraian air mata.

Beliau berkata, doa mereka sebagai ibu bapa termakbul selepas hampir setahun menanti keadilan ditegakkan untuk arwah.

“Perasaan itu tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Walaupun berasa lega, Adib sudah tiada... Saya berharap selepas ini, penjenayah yang memukul arwah dapat ditangkap polis.

“Saya mahu melihat sendiri wajah orang yang memukul anak saya. Saya mahukan keadilan untuk arwah dan si pelaku mesti dijatuhkan hukuman setimpal,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, di sini, hari ini.

Ibu kepada empat anak itu berkata, beliau sangat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu, termasuk rakyat Malaysia yang mendoakan dan memberi semangat.

Katanya, beliau dan suami sepatut berada di Mahkamah Koroner Shah Alam untuk mendengar keputusan inkues, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka kemudian membatalkan hasrat itu kerana perasaan tidak menentu dan risau sekiranya keputusan inkues tidak memihak kepada Allahyarham.

“Namun petang ini, saya dan suami akan ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan anak yang berada di sana,” katanya.

Mohd Kassim pula berkata, keputusan inkues itu adalah berita gembira untuk dirinya sebagai bapa Allahyarham, selain turut berterima kasih kepada semua pengamal media yang memberikan liputan baik terhadap kes berkenaan.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan keputusan ini. Segalanya sudah terjawab,” katanya.

Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini, memutuskan punca kematian Muhammad Adib ialah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.






Attention! Please complete the form.

Required fields

PURCHASE DETAILS

Product Quantity Price (RM)
TOTAL
GRAND TOTAL (RM)
Merchant Service Charge (RM)

CLIENT DETAILS

Login or

PAYMENT DETAILS

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel support@onpay.my di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.

lllllllllllllllllllllll Hubungi kami