Perhatian! Ini ialah akaun demo sahaja

KURSUS PENTERJEMAHAN AM (INTENSIF) 11-23 OKTOBER 2021

KURSUS PENTERJEMAHAN AM (INTENSIF) 11-23 OKTOBER 2021

KANDUNGAN

a. Pengenalan kepada Penterjemahan (Teknik, Strategi dan Prosedur

b. Sintaksis, Semantik, Laras and Peristilahan

c. Tatabahasa dalam Penjemahan

d. Penterjemahan Teks Umum

e. Penterjemahan Teks Komunikasi Massa

f. Penterjemahan Teks Undang-Undang

g. Penterjemahan Teks Sains Sosial

h. Penterjemahan Teks Sastera Kreatif

i. Penterjemahan Teks Sains dan Teknologi


PENERANGAN 
KURSUS

Kursus ini merupakan kursus penterjemahan intensif/sambilan yang mengkhusus kepada asas terjemahan. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada teknik, strategi dan prosedur terjemahan, sintaksis, semantik, laras dan peristilahan, serta aspek tatabahasa. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu menterjemah teks umum, komunikasi massa, undang-undang, sains sosial, sastera kreatif serta sains dan teknologi.


OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menterjemah teks yang berbeza menggunakan prosedur terjemahan yang berlainan dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan dalam penterjemahan.


HASIL 
PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. mengenal pasti dan menggunakan teknik, strategi dan pendekatan terjemahan yang bersesuaian dengan jenis teks,

b. mengenal pasti dan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan betul,

c. mengenal pasti dan menggunakan tanda baca, kependekan, dan gaya penterjemahan lain dengan betul,

d. mengenal pasti dan menggunakan sumber yang boleh dipercayai untuk membantu proses penterjemahan, dan

e. menjadi lebih mahir dalam meterjemah pelbagai jenis teks.


YURAN

RM1,500.00


MOD 
PEMBELAJARAN
Kuliah, tutorial dan perbincangan


MEDIUM 
PENGAJARAN
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris


SIJIL

Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pencapaian dan Transkripsi Kursus.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA


PASTIKAN SEGALA MAKLUMAT ADALAH TEPAT Hubungi kami