DANA PEMBANGUNAN MADRASAH AZ-ZEIN LISSULUK ILALLAH

Tuan/Puan, Madrasah Az-Zein Lissuluk Ilallah MATAZ ini telah mendapat perhatian masyarakat dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk memasukkan anak mereke ke dalam MATAZ.
Justeru itu, MATAZ perlu melakukan penambahbaikan bagi mewujudkan institusi yang selesa serta menjaga kebajikan pelajar yang lebih baik. Mudah-mudahan dengan pembinaan ini dapat melahirkan huffaz yang cemerlang dunia dan akhirat.
Tuan/Puan,
Mungkin ada yang tanya,
"Berapa kos yang MATAZ perlukan?"
Baik, anggaran yang diperlukan adalah RM 2,000,000 sahaja.
Banyak kah? Sebenarnya tidaklah besar manapun.
Kerana, kita hanya memerlukan 20,000 insan yang baik hati, untuk menginfak RM 100 sahaja seorang.
20,000 X RM 100 = RM 2,000,000
Usaha ini adalah usaha bersama. Jadi, pihak Madrasah Az-Zein sangat mengalu-alukan Tuan/Puan sebagai penggerak dalam projek ini.
HEBATNYA SEDEKAH..
Sabda Rasulullah S.A.W : “Sesungguhnya sedekah orang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah S.W.T menghapuskan sifat sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya”.
(HR Tabrani)